Antonio Conte mengakui kantung Inter adalah kosong dan urusan perpindahan pemain dalam jendela kali ini perlu dirunding secara bijak dan tepat.

Inter menduduki tangga kedua Serie A untuk menyertai Juventus dan Lazio dalam perebutan tiga penjuru bagi Scudetto.

Bulan ini menawarkan skuad Nerazzurri itu kesempatan untuk mencerahkan peluang mereka yang dalam misi meraih gelaran liga pertama sejak 2010 tetapi Ketua Eksekutif Inter, Giuseppe Marotta, berpesan kepada pengurus itu bahawa dia harus bertindak dengan bijak.

"Tiada wang," katanya. "Oleh itu, kami perlu mencari langkah terbaik untuk mencari situasi yang boleh menjana nilai yang baik."

Inter masih memburu pemain tengah Tottenham dari Denmark, Christian Eriksen, selain dilaporkan mengidamkan khidmat Olivier Giroud daripada Chelsea.

Rundingan dengan ketua pasukan Manchester United, Ashley Young, mula menampakkan hasilnya tetapi minat Inter terhadapnya dikatakan semakin pudar.

Lantas, sebarang ketibaan muka baru bermakna mereka perlu melepaskan pemain terlebih dahulu dan mungkin melibatkan perpindahan Gabriel Barbosa ke Flamengo selepas tempoh pinjamannya yang berjaya di kelab Brazil itu dan ia akan menjana dana yang akan dialu-alukan Conte.

Inter sudah berbelanja besar pada awal musim ini, khususnya ketika memancing Romelu Lukaku, yang memaksa Nerazzurri untuk berbelanja €80 juta (RM362.9j).

Bekas pengurus Itali itu telah memberitahu Inter mengenai hasratnya dalam tempoh perpindahan bulan ini tetapi persoalannya apakah ia boleh dimuktamadkan.

"Saya sudah menyatakan beberapa idea," katanya lagi kepada Gazzetta dello Sport.

"Anda perlu mencapai matlamat dengan bijak dan tepat. Kami perlu membuat pertimbangan dengan teliti, termasuklah pemain yang akan dilepaskan."




Editor: Shaiful Shamsudin