Celades yakin dengan Valencia sebalik situasi sukar

Oleh Staff Writer 17 September 2019 85
Celades yakin dengan Valencia sebalik situasi sukar
Ketua jurulatih Valencia, Albert Celades, yakin dengan pemainnya menjelang pertemuan dengan Chelsea dalam Liga Juara-Juara Eropah awal pagi esok walaupun mengakui situasi dalam pasukannya tidak begitu ideal.

Kelab LaLiga itu memecat Marcelino -- jurulatih yang membantu mereka menjuarai Copa del Rey, Mei lalu -- minggu lalu.

Tidak ada pemain Valencia menemani jurulatih itu dalam sidang media sebelum perlawanan awal pagi tadi, namun bekas pembantu jurulatih Real Madrid itu -- dalam tugasan pertamanya selaku ketua jurulatih skuad senior -- yakin pasukannya mampu menangani waktu sukar berkenaan.

"Saya jurulatih di sini dan saya yang akan membuat keputusan," katanya dalam sidang media.

"Pemain perlu menyesuaikan diri dengan jurulatih, ia hubungan dua hala.

"Saya pernah melalui pengalaman seperti mereka.

"Ia tidak ideal tetapi saya yakin kami dapat melaluinya dengan baik," katanya.

Valencia akan berkunjung ke Stamford Bridge selepas memulakan kempen LaLiga musim ini dengan perlahan -- hanya memenangi satu daripada empat perlawanan pertama.

Bagaimanapun, Celades, yang pernah mewakili Barcelona dan Madrid, percaya pasukannya akan beraksi baik dalam perlawanan pembukaan Kumpulan H itu.

"Saya satu-satunya yang akan membuat keputusan di sini.

"Sesetengah mereka akan menyukainya dan sesetengah lagi tidak.

"Saya memilih berdasarkan apa yang saya rasa sesuai.

"Saya tidak takut dan amat tenang.

"Apabila jurulatih melakukan perubahan, ia proses penyesuaian buat semua orang.

"Terdapat keperluan untuk penyatuan, namun ia cabaran yang hebat.

"Saya pasti kami akan melakukannya dengan baik," tambahnya.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen