Pemain Porto, Iker Casillas, membuat penampilannya yang ke-1,000 tetapi penjaga gol ikonik itu menandakan perlawanan tersebut dengan kekalahan.

Setelah membuat kemunculan pertama untuk Real Madrid pada 1999, Casillas kini melangkah ke perlawanan ke-1,000 dalam kariernya yang cemerlang, bagaimanapun ia tidak mengikut perancangan apabila gergasi Portugal, Porto, terpaksa akur dengan kekalahan 2-0 kepada Belenenses, awal hari ini.

Casillas tidak mampu untuk menafikan percubaan Nathan dan Maurides, sekali gus membuatkan Porto ditinggalkan satu mata di belakang peneraju, Benfica, dalam Liga Primeira.

Pemain berusia 36 tahun itu -- tonggak Sepanyol yang paling banyak membuat penampilan antarabangsa dengan 167 perlawanan -- muncul daripada sistem akademi Madrid pada 19 tahun lalu, dengan membuat 725 penampilan untuk kelab zaman remajanya itu.

Semasa tempohnya di Santiago Bernabeu, Casillas memenangi lima gelaran LaLiga dan tiga mahkota Liga Juara-Juara Eropoh sebelum berhijrah ke Porto pada 2015.

Sejak menyertai Porto, Casillas -- yang turut memenangi dua Kejohanan Eropah dan Piala Dunia 2010 bersama Sepanyol -- telah bermain 108 perlawanan ketika bersiap sedia untuk mengucapkan selamat tinggal kepada Estadio do Dragao pada akhir musim ini.