BARCELONA 5 EIBAR 0

Martin Braithwaite menikmati aksi cemerlang dalam separuh masa kedua ketika membuat penampilan sulung bersama Barcelona -- serta berikrar untuk tidak membasuh jersinya selepas dipeluk Lionel Messi.


Selepas minggu yang sukar buat kelab, Barca mengatasi Eibar 5-0 di Nou Camp, dengan empat gol daripada Messi mencetus inspirasi kepada pasukan.

Sebelum perlawanan bermula, ramai penyokong Barca melambaikan kain putih ke arah presiden kelab, Josep Maria Bartomeu, dan mahukan beliau meletak jawatan.

Kemudian mereka mencetus lagi kontroversi dengan menandatangani Braithwaite, pemain yang tiba dari Leganes bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Ousmane Dembele.

Tetapi pemain kebangsaan Denmark itu selepas membuat impak apabila terlibat dalam jaringan keempat Messi sebelum terlibat jaringan yang disumbat oleh Arthur.

Apabila ditanya apa yang dikatakan Messi selepas membantunya menjaringkan gol, Braithwaite berkata, "Dia mengucapkan tahniah kepada saya, dia seorang yang baik.



"Dia membuatkan saya berasa selesa dan mencari saya ketika melakukan hantaran. Saya tidak akan membasuh jersi ini selepas dipeluk oleh Messi.

"Sejujurnya, saya sangat gembira kerana membantunya. Saya sangat teruja dikelilingi pemain-pemain yang berkualiti."