Boleh tahan untuk budak gemuk -- Lukaku beri reaksi kritikan berat badan

Oleh Staff Writer 18 Ogos 2019 1241
Boleh tahan untuk budak gemuk -- Lukaku beri reaksi kritikan berat badan
Romelu Lukaku memberikan reaksi ke atas kritikan terhadap berat badannya apabila memaparkan gambar tanpa berbaju dalam media sosial dengan kapsyen: "Boleh tahan untuk seorang budak gemuk."

Laporan di Itali mendakwa Lukaku tidak cergas untuk sesi latihan pramusim dan bakal diketepikan Antonio Conte untuk berdepan Lecce, 26 Ogos ini.

Lukaku berlatih dengan bekas kelabnya, Anderlecht, sebelum melengkapkan perpindahan ke San Siro daripada Manchester United awal bulan ini.

Penyerang Belgium itu sering menerima kritikan mengenai saiz badannya di sepanjang karier tetapi dia memaparkan bentuk fizikal yang ideal di laman Instagram.

Lukaku menjaringkan 28 gol liga dalam tempoh dua musim bersama United selepas hadir daripada Everton.

Namun, dia gagal memikat pengendali The Red Devils, Ole Gunnar Solskjaer, musim lalu sehingga terpaksa berhijrah ke Inter.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen