Bola sepak wanita akan diberi perhatian -- Peter

Oleh Willie Jude 18 Oktober 2019 189
Bola sepak wanita akan diberi perhatian -- Peter
Persatuan Bolasepak Sabah (SAFA) sedia menghidupkan semula pasukan bola sepak wanita di negeri itu, termasuk program pembangunannya. 

Presiden SAFA, Datuk Peter Anthony, berkata perkara itu akan dibawa dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi SAFA yang akan datang.

"Mungkin akan diwujudkan jawatankuasa khas bagi menjaga bola sepak wanita, termasuk program pembangunan dan pembentukan pasukan bagi menyertai kejohanan kebangsaan musim depan.

"Saya difahamkan bahawa Sabah musim ini tidak menyertai kejohanan kebangsaan tetapi pemain Sabah tetap beraksi bersama pasukan negeri dan kelab lain," katanya. 

Tambahnya, bola sepak wanita di negeri itu wajar diberikan perhatian kerana Sabah adalah kuasa besar sukan itu di negara ini.

"Kalau kita lihat, majoriti pemain wanita kebangsaan adalah dari Sabah. Begitu juga rekod dalam kejohanan kebangsaan di mana Sabah adalah pasukan yang paling banyak merangkul kejuaraan.

"Oleh itu, sewajarnya mereka diberikan perhatian dan SAFA sedia membantu.

"Kami juga akan memberikan perhatian kepada futsal dan bola sepak pantai di samping skuad senior, B-21 dan B-19," tambahnya. 

Tentang Penulis

Willie Jude

Komen