Bida tuan rumah Piala Dunia: FAM seiring dengan KBS

Oleh Staff Writer 12 Oktober 2019
Bida tuan rumah Piala Dunia: FAM seiring dengan KBS
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan bergerak seiringan dengan segala keputusan kerajaan menerusi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk memastikan usaha pembidaan tuan rumah bersama Piala Dunia dapat direalisasikan.

FAM akan berperanan membantu KBS menggerakkan kerja-kerja berkaitan untuk dibentangkan menjelang mesyuarat pembidaan bersama negara-negara ASEAN yang lain dengan mewujudkan satu pelan tindakan khas.

"Kami akan menunggu pelan tindakan daripada pihak KBS dan dalam masa terdekat, perbincangan akan dijalankan mengenai usaha membida penganjuran Piala Dunia," kata Timbalan Presiden FAM, Datuk Seri Subahan Kamal.

China dikhabarkan berminat untuk membida edisi 2030, justeru untuk pelan asal lima delegasi ASEAN termasuk Mmalaysia untuk membida pada edisi selanjutnya pada 2034 mungkin terpaksa dianjak kepada 2038 bergantung kepada keputusan mesyuarat.

"Kami akan menilai negara ASEAN mana yang sedia bergabung untuk bertindak selaku penganjur Piala Dunia dan pihak FAM turut akan memulakan usaha selanjutnya."

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen