Penggempur yang tersisih, Karim Benzema, mengucapkan tahniah kepada Perancis atas kemenangan Piala Dunia 2018 yang mendebarkan, awal pagi tadi.

Les Bleus memenangi gelaran kedua mereka di Moscow yang menyaksikan Antoine Griezmann, Paul Pogba dan Kylian Mbappe membintangi dan menjaringkan gol kemenangan 4-2 ke atas Croatia.

Bagaimanapun, Perancis tidak menyenaraikan Benzema, yang tidak bermain untuk negaranya sejak 2015, setelah disiasat berhubung kes memeras ugut rakan senegara, Mathieu Valbuena.

Begitupun, bintang Real Madrid berkenaan tetap berasa teruja dengan kejayaan Perancis.

Benzema menggunakan Instagram sejurus selepas wisel penamat ditiupkan dengan mesej berbunyi: "Tahniah, kawan-kawan!"