Panama tidak akan menggunakan kejutan Iceland mengikat Argentina 1-1 sebagai motivasi selepas jurulatih, Hernan Dario Gomez, menegaskan Belgium lebih unggul daripada Lionel Messi menjelang penampilan pertama dalam Piala Dunia Russia.

Pendatang baru, Panama, mendapat sokongan padu penyokong sendiri dalam persiapan mereka melakar sejarah menentang pasukan Belgium yang diperkuatkan oleh Eden Hazard, Kevin De Bruyne dan Romelu Lukaku di Sochi, esok.

Iceland -- yang mara ke suku akhir Euro 2016 -- turun dalam aksi sulung Piala Dunia dengan mengikat Argentina dalam aksi Kumpulan D.

Ditanya sama ada Panama boleh mengulangi keputusan Iceland dalam pertembungan Kumpulan G di Stadium Fisht esok, ketua jurulatih, Gomez, memberitahu pemberita hari ini: "Saya belum memutuskan apa-apa.

"Saya harus mengatakan Argentina tidak memiliki kualiti setanding Belgium."

Gomez, yang bersedia membimbing negara ketiga dalam Piala Dunia, menggariskan kualiti yang dimiliki Belgium selain potensi mereka untuk mencabar kejuaraan di Russia.

"Kami bukanlah pasukan pilihan, namun jika kami mempunyai hari yang baik, kami boleh menghasilkan sesuatu yang baik," katanya. "Apa jua boleh berlaku, kami akan menghadapi pasukan luar biasa yang diterajui jurulatih hebat (Roberto Martinez). Dia memiliki barisan pemain terbaik.

"Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi di luar konteks dunia, bagaimanapun Belgium merupakan jaguh sebenar di Russia. Apa pun yang terjadi dalam bola sepak, kami akan berasa bangga untuk menghasilkan yang baik dan setiap perlawanan berbeza."

Sementara itu, Panama bersedia menghadapi pertempuran berat di samping Gomez manakala penjaga gol veteran, Jaime Penedo, bertekad untuk membanggakan negaranya setelah menafikan tempat Amerika Syarikat dalam Piala Dunia setelah mengharungi kempen dramatik yang panjang.

"Kami boleh menjadi contoh dan meninggalkan warisan di Panama untuk Piala Dunia pada masa depan," tambah Gomez. "Ia penting untuk berada di sini.. Ia adalah salah satu perkara paling indah dalam kerjaya.

"Kami perlu ingat bahawa sesetengah pasukan mungkin berasa tenang tetapi bukanlah kerana mereka menghadapi kami. Semua pihak memberikan yang terbaik, saya tidak fikir setiap pasukan akan berasa terlalu yakin ketika menghadapi kami."

Gomez meneruskan: "Negara merupakan tulang belakang kami. Mereka penuh bersemangat, begitu juga kami."