Situasi Ousmane Dembele di Borussia Dortmund dan Barcelona sepatutnya meluangkan buat Bayern Munich untuk memulakan langkah memikat Perancis, kata legenda Die Roten, Lothar Matthaus.

Spekulasi baru-baru ini meletakkan masa depan Dembele dalam kesamaran berikutan Barca disebut-sebut akan menandatangani Antoine Griezmann manakala khabar angin mengenai perpindahan Neymar belum reda.

Sekiranya sama ada Griezmann atau Neymar -- atau kedua-duanya berpotensi dibeli -- Dembele mungkin akan mendapati dirinya semakin tersisih dalam kesebelasan skuad bimbingan Ernesto Valverde itu.

Dembele menyertai Barca sebagai pengganti Neymar pada 2017 selepas dia melancarkan mogok dalam perpindahan bernilai €105 juta (RM486.4j) itu, namun bergelut dengan kecederaan dan prestasi tidak konsisten sejak tiba daripada Dortmund.

Berikutan persaraan Franck Ribery dan Arjen Robben, juara Bundesliga berkenaan sedang memburu sekurang-kurangnya seorang pemain sayap dengan tonggak Manchester City, Leroy Sane, turut menjadi sasaran.

Khabar angin mengaitkan Bayern dengan Dembele, yang menyumbat 14 gol untuk Barca musim lalu, tetapi Matthaus percaya usaha membawa masuk pemain berusia 22 tahun itu yang sikapnya di Camp Nou dipertikaikan merupakan satu kesilapan.

"Apabila saya memikirkan tentang skandal Dembele di Borussia Dortmund dan di Barcelona, ​​saya tidak melihat sebarang alasan untuk mempercayai bahawa dia akan berkelakuan berbeza di Bayern," kata Matthaus kepada BILD.

Sehubungan itu, Matthaus percaya bahawa dia tidak keseorangan sambil memetik reaksi Presiden Bayern, Uli Hoeness, terhadap tingkah laku Dembele di Dortmund sebagai satu lagi sebab untuk meragui khabar angin berkenaan.

"Uli Hoeness sedar dengan mogok Dembele di Dortmund dan sekiranya Bayern memilih pemain seperti itu, mereka akan berdepan masalah kredibiliti," katanya.