Barcelona menafikan sekeras-kerasnya laporan media yang mendakwa mereka telah mencapai persetujuan dengan penyerang Atletico Madrid, Antoine Griezmann, dalam perpindahan akhir musim.

Laporan media Catalan awal semalam mendakwa presiden Barca, Josep Maria Bartomeu, telah membuat rundingan dengan wakil Griezmann dan menjamin perpindahannya sebelum musim 2018-19.

Ia turut mendakwa satu klausa telah dibuat, jika mana-mana pihak melanggar perjanjian pada masa akan datang, pihak yang bersalah akan didenda dengan kewangan, dengan Manchester United dikhabarkan masih berminat terhadap pemain Perancis itu.

Laporan itu menekankan bahawa Barca masih belum mencapai persetujuan dengan Atletico, dengan skuad Catalan itu berharap dapat menurunkan harga diminta, yang sejajar dengan klausa pelepasan Griezmann sebanyak €100 juta (RM481).

Tetapi Barca pantas menjauhkan diri daripada dakwaan itu, pendirian yang mungkin dipengaruhi oleh tindakan Atletico melaporkan kepada FIFA bulan lalu atas usaha mereka mengejar Griezmann.

Kenyataan kelab berbunyi: "FC Barcelona menyangkal maklumat yang timbul dalam media berbeza sepanjang beberapa jam terakhir mengenai pemain Atletico Madrid, Antoine Griezmann, dan perjanjian yang didakwa dengan kelab kami.

"FC Barcelona menyuarakan bantahan dalam berdepan situasi ini dan sekali lagi menghormati institusi Atletico Madrid."