Barcelona mengucapkan tahniah kepada seteru utama di Sepanyol, Real Madrid, di atas kejayaan Liga Juara-Juara (UCL) ketika menentang Liverpool.

Madrid dinobatkan juara UCL buat tahun ketiga berturut-turut selepas mengalahkan Liverpool 3-1 dalam final di Kiev awal pagi tadi.

Pemain gantian, Gareth Bale, menyumbat dua gol untuk memimpin Madrid menjulang mahkota Eropah ke-13 selepas jaringan pembukaan Karim Benzema diimbangi+ oleh penyerang Liverpool, Sadio Mane, dalam babak kedua.

Juara LaLiga, Barca, kemudian menggunakan Twitter untuk mengucapkan tahniah kepada anak buah Zinedine Zidane itu.

"Tahniah kepada @realmadrid kerana memenangi gelaran Liga Juara-Juara 2017/18," kata Barca.

Bekas kapten Barca, Carles Puyol, turut mengucapkan tahniah kepada ibu kota Sepanyol itu melalui media sosial.

Puyol, yang memenangi tiga gelaran Eropah semasa kerjayanya di Barca yang berakhir pada 2014, menulis: "Tahniah #RealMadrid, empat kejuaraan UCL dalam masa lima tahun, lebih satu daripada Barca dalam sejarah mereka.

"Kami perlu mengkaji semula keutamaan kami."