Balotelli boleh lakukan lebih baik, kata Mancini

Oleh Staff Writer 29 Mei 2018 1174
Balotelli boleh lakukan lebih baik, kata Mancini
ITALI 2 ARAB SAUDI 1 

Mario Balotelli mesti memperbaiki kedudukannya dalam kesebelasan utama di Itali, kata jurulatih baru Azzurri, Roberto Mancini.


Bekas pemain Inter dan pengurus Manchester City, Mancini, meraih kemenangan pertama 2-1 selepas Balotelli dan pemain gantian, Andrea Belotti, menjaringkan gol ketika berdepan Arab Saudi dalam perlawanan persahabatan di AFG Arena, Switzerland, awal hari ini.

Tanpa kempen Piala Dunia untuk dipersiapkan, Mancini telah menamakan skuad tidak berpengalaman untuk perlawanan pertamanya sebagai ketua jurulatih, dengan Balotelli kembali ke pentas antarabangsa buat kali pertama sejak 2014.

Meskipun dengan kepulangan Balotelli, Mancini menegaskan pemain berusia 27 tahun itu boleh menawarkan lebih banyak gol kepada pasukannya.

"Balotelli boleh melakukan lebih baik tetapi saya fikir dia melakukannya dengan baik dalam babak pertama," kata Mancini.

"Dia menjaringkan gol, yang penting untuk penyerang, tetapi sudah tentu dia boleh melakukan lebih banyak lagi.

"Kami semua tahu tentangnya, dia menjaringkan satu gol yang hebat, Mario adalah pemain luar biasa."

Balotelli meletakkan Itali di depan dan selepas percubaan Domenico Criscito terkena palang, penyerang Torino, Belotti, menambah jaringan dalam babak kedua.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen