Megan Rapinoe, Lucy Bronze dan Alex Morgan mengetuai pencalonan Ballon d'Or Wanita.

Penerbitan Bolasepak Perancis, France Football, mengumumkan senarai pendek 20 pemain wanita awal pagi tadi dengan secara khususnya mengiktiraf kejayaan Lyon dan pasukan kebangsaan Amerika Syarikat (AS).

Pemenang Liga Juara-Juara Eropah, Lyon, akan diwakili enam pemain, termasuk Bronze dan penyandang gelaran, Ada Hegerberg, yang dilihat sebagai bukan calon pilihan kerana tidak menyertai Piala Dunia Wanita.

AS menjulang Piala Dunia di Paris, Julai lalu dan empat pemain daripada skuad itu turut tersenarai, iaitu Tobin Heath, Rose Lavelle, Morgan dan Rapinoe.

Rapinoe dilihat sebagai pemain pilihan untuk meraih anugerah itu selepas bintang Reign FC itu menjadi inspirasi kejayaan AS dalam Piala Dunia di mana dia menamatkan saingan selaku penjaring terbanyak dengan enam gol -- berkongsi kedudukan dengan Ellen White dan Morgan -- selain menghasilkan tiga bantuan jaringan.

Dia memenangi anugerah Kasut Emas dan Bola Emas di Perancis sebelum meraih Anugerah Pemain Wanita Terbaik Perseketuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dengan mengetepikan Morgan dan Bronze.

Senarai calon:

Lucy Bronze (Lyon), Ellen White (Manchester City), Sam Kerr (Chicago Red Stars), Nilla Fischer (Wolfsburg), Amandine Henry (Lyon), Alex Morgan (Orlando Pride), Vivianne Miedema (Arsenal), Dzenifer Marozsan (Lyon), Pernille Harder (Wolfsburg), Sarah Bouhaddi (Lyon), Megan Rapinoe (Reign FC), Lieke Martens (Barcelona), Sari van Veenendal (Atletico Madrid), Wendie Renard (Lyon), Rose Lavelle (Washington Spirit), Marta (Orlando Pride), Ada Hegerberg (Lyon), Kosovare Asllani (CD Tacon), Sofia Jakobsson (CD Tacon), Tobin Heath (Portland Thorns).