Azzurri pertaruh jelmaan 'Pirlo'

Oleh Staff Writer 10 November 2018 3202
 Azzurri pertaruh jelmaan 'Pirlo'
Sandro Tonali, Vincenzo Grifo dan Stefano Sensi dipanggil untuk memperkuatkan skuad Itali buat julung kalinya.

Pemain tengah Brescia, Tonali, yang akan mencecah usia 18 tahun pada Mei depan, turut dinamakan dalam senarai 27 pemain setelah memberi kesan besar dalam kancah Serie B sehingga dia dibandingkan dengan legenda Azzurri, Andrea Pirlo.

Tonggak Hoffenheim, Grifo, dan pemain Sassuolo, Sensi, juga tersenarai dalam skuad menjelang perlawanan menentang Portugal dan Amerika Syarikat, minggu depan.

Penyerang Nice, Mario Balotelli, serta pemain Torino, Andrea Belotti, diketepikan, begitu juga penjaga gol Juventus, Mattia Perin, ekoran hanya membuat satu penampilan kelab pada musim ini.

Anak buah Roberto Mancini akan menyambut Portugal dalam aksi di San Siro pada 17 November ini dalam usaha memburu kemenangan sulung yang akan membawa mereka ke tangga teratas Kumpulan 3 Liga A, Liga Negara-Negara Eropah sebelum menghadapi Amerika Syarikat di Genk, tiga hari kemudian.

Panggilan penuh skuad Itali: 

Alessio Cragno (Cagliari), Gianluigi Donnarumma (AC Milan), Salvatore Sirigu (Torino); Cristiano Biraghi (Fiorentina), Leonardo Bonucci (Juventus), Giorgio Chiellini (Juventus), Mattia De Sciglio (Juventus), Emerson Palmieri (Chelsea), Alessandro Florenzi (Roma), Alessio Romagnoli (AC Milan), Daniele Rugani (Juventus); Nicolo Barella (Cagliari), Roberto Gagliardini (Inter), Jorginho (Chelsea), Lorenzo Pellegrini (Roma), Stefano Sensi (Sassuolo), Sandro Tonali (Brescia), Marco Verratti (Paris Saint-Germain); Domenico Berardi (Sassuolo), Federico Bernardeschi (Juventus), Federico Chiesa (Fiorentina), Vincenzo Grifo (Hoffenheim), Ciro Immobile (Lazio), Lorenzo Insigne (Napoli), Kevin Lasagna (Udinese), Leonardo Pavoletti (Cagliari), Matteo Politano (Inter).

 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen