Azim tarik diri tanding presiden FAM

Oleh Staff Writer 10 Jun 2018 1489
Azim tarik diri tanding presiden FAM
Menjelang pencalonan jawatan presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi menarik diri manakala seorang lagi calon, Tan Sri Annuar Musa, masih kekal menawarkan diri untuk bertanding merebut kerusi panas itu.

Atas dasar kekangan daripada pihak lain yang mungkin merosakkan rencana Azim dalam FAM, beliau berpendapat situasi semasa belum sesuai untuk dia merebut jawatan itu yang ditinggalkan bekas presiden FAM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Hal itu menguatkan lagi alasan Azim untuk menarik diri daripada pencalonan presiden FAM selain beban tanggungjawabnya selaku pengerusi Institut Sukan Negara (ISN) dan juga Timbalan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) ketika ini.

"Semua orang yang mengikuti perkembangan bola sepak negara mengetahui bahawa terdapat perkara yang harus dilakukan bagi mendapatkan pembaharuan," kata Azim.

Surat pengesahannya akan dihantar ke Wisma FAM esok.

Seorang lagi calon, Annuar masih dengan pendirian untuk bertanding merebut jawatan itu.

Hal itu disahkan Setiausaha Agung, Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), Nokman Mustafa.

"Kami telah meminta Azim untuk bertanding kerana beliau seorang individu yang berkemampuan untuk menyandang jawatan tersebut," kata Nokman.

Ketika ini, hanya Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, yang telah menghantar borang pengesahan untuk bertanding jawatan presiden FAM.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen