Carlo Ancelotti mempertahankan skuad Napoli selepas mereka tersingkir daripada saingan Liga Europa (UEL) selepas tewas kepada Arsenal.

Kelab Serie A itu tersingkir dalam suku akhir selepas tewas 1-0 di laman sendiri dan 3-0 secara agregat.

Ancelotti yang memimpin Napoli dalam musim pertama, berkata pasukannya memerlukan dorongan di sebalik kekecewaan dalam saingan Eropah.

"Saya masih percaya skuad ini masih lagi berkualiti. Pemain-pemain telah melakukan yang termampu tetapi inilah bola sepak," kata Ancelotti.

"Terdapat satu ketika segalanya tidak memihak kami, ia perlu diketepikan dan melihat ke hadapan.

"Saya tidak berasakan Napoli pernah mara jauh dalam suku akhir saingan di Eropah. Ini merupakan satu pencapaian yang baru untuk pasukan.

Penyingkiran Napoli bermakna tiada kelab Itali yang beraksi dalam Liga Juara-Juara (UCL) mahupun UEL.

Tumpuan Ancelotti kini terarah untuk menamatkan Serie A di tangga kedua, dengan Napoli memiliki kelebihan tujuh mata ke atas Inter.

"Kami kecewa terkeluar daripada UEL. Kami gagal mencapai objektif dan menyedari kesukarannya.

"Kami perlu membuat persiapan yang lebih rapi musim depan bagi memberikan cabaran dalam saingan domestik dan Eropah."