Altintop yakin Bayern atasi seteru kejuaraan Bundesliga

Oleh Staff Writer 5 Disember 2019 79
Altintop yakin Bayern atasi seteru kejuaraan Bundesliga
Bayern Munich akan mengetepikan saingan pencabar utama dan mencipta rekod kejuaraan Bundesliga kali kelapan berturut-turut, kata bekas bintang kelab gergasi Jerman itu, Hamit Altintop.

Gergasi Bavaria itu mengharungi permulaan perlahan musim ini dan dibezakan empat mata dengan puncak liga selepas 13 perlawanan.

Keputusan perlawanan semakin meningkat sejak Niko Kovac diketepikan bulan lalu dan pihak pengurusan Bayern dilihat selesa dengan prestasi yang ditunjukkan di bawah kendalian pengurus sementara, Hansi Flick.

RB Leipzig dan pasukan yang melakar kejutan selaku pendahulu, Borussia Monchengladbach, tampak menjadi ancaman utama tetapi Altintop -- yang pernah beraksi di Allianz Arena selama empat musim -- yakin bekas kelabnya itu akan bangkit.

"Selepas melihat beberapa minggu kebelakangan ini, saya tidak boleh memberikan harapan tinggi buat peminat tetapi Bayern akan menjadi juara Jerman," katanya.

"Saya fikir agak bagus apabila pasukan mampu mencapai keputusan baik dengan menampilkan aksi bola sepak yang hebat secara konsisten.

"Monchengladbach adalah contoh terdekat sambil Schalke turut memberikan cabaran.

"Namun, saya fikir Bayern, dengan berbekalkan pengalaman, pengurusan serta peminat, mereka lebih ke depan. Mereka bekerja keras sepanjang tahun untuk berada di posisi itu.

"Ia akan jadi sukar untuk pasukan lain. Leipzig mempunyai skuad yang bagus tetapi untuk konsisten pada tahap tinggi dalam Bundesliga serta Liga Juara-Juara Eropah, ia sukar."

Altintop meninggalkan Bayern selaku ejen bebas setahun selepas beraksi dalam final Liga Juara-Juara serta dikaitkan dengan Real Madrid, di mana dia menjulang trofi LaLiga.

Dia, yang kini berusia 36 tahun dan telah bersara, turut kagum dengan kelab tempat kelahirannya, Schalke, serta sentiasa memantau perkembangan hebat pasukan itu di bawah kendalian pengurus baru, David Wagner, yang mengemudi anak buahnya menduduki tangga ketiga Bundsliga.

"Saya fikir Schalke telah menemui semula sentuhan lama," tambahnya.

"Mereka berjuang bersama-sama. Sudah tentu mereka tampilkan bola sepak yang hebat tetapi penentu sebenar adalah berjuang untuk kelab dan jersi. Apabila anda lakukannya, peminat gembira.

"Musim ini, dengan keputusan baik, saya fikir mereka boleh berada dalam kelompok enam terbaik.

"Disebabkan pengalaman di England, Wagner membawakan elemen kekuatan tambahan dan ia sangat bagus."

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen