Alonso sertai Bayern kerana Guardiola

Oleh Staff Writer 17 November 2019 1585
Alonso sertai Bayern kerana Guardiola
Xabi Alonso mendedahkan faktor dia meninggalkan Real Madrid untuk menyertai Bayern Munich kerana mahu mendapatkan rahsia teknik kejurulatihan Pep Guardiola.

Pemain berusia 37 tahun itu berhijrah ke Allianz Arena pada 2014 selepas lima musim di Santiago Bernabeu, di mana dia meraih enam gelaran utama.

Alonso meninggalkan Real selepas tiga bulan membantu pasukan itu menjulang Liga Juara-Juara (UCL) dan menikmati tiga lagi musim bersama Bayern sebelum mengumumkan persaraan.

Menjelaskan alasannya meninggalkan gergasi Sepanyol itu, Alonso memberitahu The Athletic: "Saya mahu mengetahui rahsia Guardiola.

"Beliau mempunyai semangat semula jadi yang tiada sempadan. Musim bola sepak sangat panjang tetapi Guardiola tidak pernah kelihatan penat mengharunginya.

"Sentiasa peka, sentiasa bersedia. Bagi pemain-pemian, ia mungkin memberikan semangat untuk terus berusaha."

Alonso, yang mengambil alih Real Sociedad B selaku ketua jurulatih Jun lalu, turut memuji usaha pengendali Liverpool, Jurgen Klopp.

Bekas pemain kebangsaan Sepanyol itu, yang beraksi berdepan Borussia Dortmund ketika dibimbing Klopp berkata, "Saya tidak menikmati saat berdepan mereka kerana intensiti tinggi yang kerap menjadi pendekatan mereka.

"Ia seperti beliau mahu meletakkan anda dalam sangkar, mahu memerangkap anda. Corak permainan Klopp sentiasa menghadirkan tekanan yang tersusun. Saya berada dalam tekanan sepanjang masa berdepan pasukannya.

"Saya cuba menikmati suasana perlawanan tersebut kerana mereka sangat penting dan cabaran menewaskan Dortmund sangat sukar."
 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen