Aksi terakhir Xavi hangatkan pembukaan Stadium Al-Wakrah

Oleh Staff Writer 16 Mei 2019 946
Aksi terakhir Xavi hangatkan pembukaan Stadium Al-Wakrah
Pembukaan rasmi Stadium Al-Wakrah sebagai salah satu venue Piala Dunia Qatar 2022 turut dihangatkan dengan perlawanan akhir Piala Amir, malam ini, yang turut menjadi penampilan terakhir buat legenda bola sepak Sepanyol dan Barcelona, Xavi Hernandez.

Ibarat 'mini Piala Dunia'. Itulah yang boleh menggambarkan aksi final Piala Amir yang menemukan dua pasukan gergasi Qatar, Al-Duhail dan Al Sadd, di salah satu venue Piala Dunia yang sudah siap sepenuhnya itu.

Apa yang lebih menarik adalah perlawanan itu juga akan menjadi penampilan terakhir Xavi, yang mewakili Al Sadd, sebelum bersara. 

"Xavi seorang pemain dan individu yang hebat.

"Saya mendoakan yang terbaik buat masa depannya.

"Ia merupakan satu penghormatan untuk saya beraksi dengannya," kata kapten Al Saad, Hassam Al Haydos.

Stadium Al-Wakrah berkapasiti 40,000 penonton dengan sistem berhawa dingin di segenap stadium.

Ia pasti akan menawarkan keterujaan buat semua yang hadir buat kali pertama ke stadium itu.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen