AJFC: Petra Giant pertahan kejuaraan zon Sarawak

Oleh Staff Writer 21 April 2019 661
AJFC: Petra Giant pertahan kejuaraan zon Sarawak
PETRA GIANT FC 1 TARATIAN SERIAN FC 0

Petra Giant FC muncul juara Kem Bolasepak Remaja Allianz (AJFC) Zon Sarawak selepas menewaskan Taratian Serian FC 1-0 di Stadium UNIMAS, Kuching, hari ini.


Petra Giant, yang berjersi hijau, turun ke pentas final dengan misi mempertahankan kejuaraan selepas menewaskan pasukan sama musim lalu. 

Bagaimanapun, Taratian Serian tidak memberikan laluan mudah dengan usaha memburu gol awal, namun kedua-dua pasukan buntu untuk mencari gol sepanjang babak pertama.  

Bersambung babak kedua, Petra Giant kembali bangkit dengan menggandakan serangan ke kubu Taratian Serian. 

Hasilnya, Mohd Amirul Ikmal memperdayakan penjaga gol Taratian Serian sebelum menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-57 untuk Petra Giant mengekalkan kejuaraan buat tahun kedua berturut-turut

"Terima kasih kepada semua pemain saya kerana mengikuti formasi yang betul dan strategi yang kami terapkan dalam latihan selama dua bulan.

"Ia membantu kami untuk meraih kejuaraan buat kali kedua," kata jurulatih Petra Giant, Nasrin Hazizi Muhamdi.

"Ia sesuatu yang tidak diduga dalam perlawanan akhir.

"Tahun lalu, kami kecundang dengan gol yang sama seperti itu.

"Ia merupakan aksi terbaik kami sepanjang kejohanan ini, cuma kami tiada nasib," kata jurulatih Taratian Serian, Aloysius Jeris.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen