AJFC: Latihan sebenar bermula hari ini

Oleh Staff Writer 17 Julai 2018 965
AJFC: Latihan sebenar bermula hari ini
Sepuluh  peserta remaja kebangsaan yang sudah berada di kem Krungtep Thonburi, Bangkok kini menjalani sesi latihan pertama Kem Bolasepak Remaja Allianz (AJFC), bermula hari ini.

Turun pada hari pertama sesi latihan bersama ketua jurulatih kem bolasepak remaja Allianz Asia, Carsten Larkies, peserta-peserta tampak sudah bersedia untuk mempelajari perkara baru yang telah disediakan dalam program itu.

Larkies pernah beraksi untuk kelab gergasi Eropah, Bayern Munich, serta pasukan kebangsaan Jerman, sekali gus membantunya dalam memberi perhatian terhadap skil dan teknik latihan bolasepak dalam sesi pertama itu.

"Kami mahu melihat dan memastikan setiap pergerakan bagus dan memperbetulkan kelemahan. Begitu juga dengan hantaran sama ada ia kemas atau tidak, termasuk menggunakan kaki kanan atau kiri.

"Ia merangkumi semua aspek teknikal," kata Larkies.

Seramai 57  peserta  dipilih dari sembilan negara selain Malaysia, termasuk Thailand, Filipina, Sri Lanka, China, Taiwan, Laos, Singapura dan Indonesia dan mereka tampak memberi reaksi yang baik sepanjang sesi latihan.

"Kami melihat mereka begitu berminat dan fokus. Segalanya tampak bagus."

Peserta-peserta itu perlu melalui beberapa siri latihan dan perlawanan bolasepak untuk merebut kuota bagi menjalani latihan di Akademi Bolasepak Remaja Bayern Munich.
 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen