AJFC: Keyakinan pemain jadi keutamaan

Oleh Staff Writer 26 Ogos 2019 755
AJFC: Keyakinan pemain jadi keutamaan
Penganjuran Kem Explorer Antarabangsa Allianz Munich Jerman (AJFC) dapat mempertingkatkan prestasi peserta, terutama dalam aspek keyakinan, selepas menjalani latihan bersama wakil benua serata dunia.

Kem Explorer Allianz (AEC) edisi bola sepak di Munich mula bertapak pada 2009 sehingga kini dan ia terbuka kepada remaja berumur 14 hingga 16 tahun. 

Selain peserta Malaysia, penganjuran kali ini melibatkan 21 negara lain serata dunia termasuk Afrika Selatan, Arab Saudi, Mexico dan Argentina.

Peserta kelahiran Kuantan, Adam Alif Mustapa, menganggap pengalaman bergandingan bersama wakil benua lain dapat melahirkan persefahaman meskipun berbeza budaya selain mempelajari kemahiran bola sepak.

"Hari keempat, saya belajar cara cakap dengan rakan dari negara lain dan ia menyeronokkan. Selain itu, saya belajar tentang budaya seperti cara pemakanan mereka dan waktu tidur. Ia berbeza berbanding Malaysia," kata salah seorang peserta dari Malaysia itu.

Buat masa ini, dia yang berusia 16 tahun  mengakui dapat mempertingkatkan keyakinan setelah empat hari menjadi sebahagian daripada kem latihan itu dan berharap dapat mengumpul banyak pengetahuan tatkala program berbaki dua hari lagi. 

"Setakat ini, keyakinan tinggi. Saya mempunyai kawan dari banyak negara, jadi keyakinan untuk melalui sesi temu bual juga meningkat. Ia semakin baik."
 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen