Pertahanan Tottenham, Jan Vertonghen, sukar untuk mempercayai bekas kelabnya, Ajax, melangkah ke separuh akhir Liga Juara-Juara (UCL).

Gergasi Eredivisie itu mara ke separuh akhir buat kali pertama sejak 1997 selepas menyingkirkan dua pasukan pilihan, Real Madrid dan Juventus.

Vertonghen memulakan karier profesionalnya di Amsterdam sebelum berhijrah ke Spurs pada 2012.

Pertahanan itu tidak lagi terkejut dengan kualiti yang dimiliki Ajax menjelang pertemuan mereka bulan depan.

"Ajax, sukar untuk menerima mereka sudah melangkah ke separuh akhir. Ajax memiliki reputasi yang terbaik apabila mengatasi dua gergasi Eropah," kata Vertonghen.

"Saya mengikuti setiap perlawanan mereka.

"Apa yang dipamerkan dalam saingan UCL bukan lagi sesuatu yang mustahil kerana melangkah ke separuh akhir membuktikan kualiti sesebuah pasukan itu.

"Saya mengetahui kebolehan mereka. Saya menjangkakan saingan yang sengit."