Sejarah yang baru dicipta skuad B-23 tahun negara dalam Kejohanan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) B-23 semalam, menjadi petanda jelas bahawa Malaysia sudah memiliki pasukan yang mampu menggalas cabaran layak ke saingan Piala Asia 2023.

Impian untuk berada dalam kelompok saingan Piala Asia tahun depan hanya tinggal mimpi.

Namun, aksi skuad muda di Kunshan membuktikan Malaysia memiliki skuad lain yang boleh diharapkan untuk menebus kehampaan skuad senior ketika ini dengan tempoh empat tahun menerusi persediaan rapi.

Tetapi ia bersyarat -- skuad ini tidak boleh melewati pembubaran ketara dan tunjang utama yang memimpin kesebelasan pasukan adalah kekuatan yang perlu digilap sebaik mungkin demi merealisasikan sasaran jangka masa empat tahun ini.

Nama-nama seperti N. Thanabalan, Safawi Rasid, Matthew Davies, Adam Nor Azlin, Akhyar Rashid mahupun Danial Amier Norhisham perlu diberikan perhatian dalam memastikan masa depan bola sepak negara terjamin.