ACL: Skuad kendalian Xavi lolos ke suku akhir 

Oleh Staff Writer 14 Ogos 2019 1898
ACL: Skuad kendalian Xavi lolos ke suku akhir 
Juara Qatar, Al Sadd, mara ke suku akhir Liga Juara-Juara Asia (ACL) selepas membenam kelab senegara, Al Duhail, 3-1 malam tadi. 

Skuad asuhan Xavi Hernandez itu ternyata lebih berbisa dalam pertemuan di Stadium Jassim Bin Hamad itu untuk merakam kemenangan agregat 4-2 ke atas seteru dalam kancah Liga Bintang-Bintang itu.

Mereka bakal menghadapi Al Nassr di peringkat suku akhir selepas wakil Arab Saudi itu menyingkirkan Al Wahda dalam pusingan kalah mati pertama itu, kelmarin. 

Selepas pertemuan pertama berakhir seri 1-1, Al Duhail memberi ancaman awal tetapi Al Sadd memimpin perlawanan selepas 20 minit menerusi Akram Afif yang mudah menolak masuk hantaran yang tidak mementingkan diri daripada Baghdad Bounedjah.

Percubaan Bounedjah kemudian terkena palang sebelum Al Sadd meledak gol kedua 11 minit sebelum rehat menerusi sepakan percuma kencang Abdelkarim Hassan. 

Edmilson merapatkan jurang ketika permainan berusia sejam, namun kemenangan Al Sadd semakin terbentang sejurus Ahmed Yasser tertampan bola ke gawangnya sendiri dalam masa kecederaan sementara Mohammed Muntari dibuang padang akibat kegagalan mengawal emosi tatkala kekecewaan Al Duhail semakin memuncak.

Sementara itu, Al Hilal turut mara dengan agregat 4-3 walaupun tumpas 0-1 kepada Al Ahli di Riyadh.

Pemenang Kumpulan C itu menguasai permainan utnuk menang 4-2, namun penyudah tepat Abdulfattah Asiri, tiga minit selepas itu melengkapkan kemaraan mereka di Stadium Universiti Raja Saud itu. 

Seterusnya, Al-Hilal tidak berdepan masalah dalam babak kedua untuk menempah pertemuan dengan Al Ittihad. 

 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen