Pengendali PKNP FC, Abu Bakar Fadzim, gembira dengan peningkatan yang semakin ditunjukkan anak buahnya setakat ini.

"Berdasarkan graf, mereka menunjukkan peningkatan. Daripada tujuh perlawanan pra-musim, PKNP FC menang lima, seri sekali dan kalah sekali.

"Ia satu pencapaian memberangsangkan. Saya berpuas hati dengan apa yang ditunjukkan pemain.

"Bagaimanapun masih ada ruang untuk perubahan dan peningkatan. Pemain perlu bekerja kuat lagi dan jangan cepat berpuas hati, " katanya.

Oleh yang demikan, Abu Bakar berkata dia akan terus menguji pemain dalam perlawanan persahabatan dan berusaha membentuk gandingan mantap.

"Melalui perlawanan persahabatanlah, saya membina persefahaman dan keserasian sepasukan.

"Ia juga peluang menurunkan dan mencuba semua pemain, " tambahnya.

Justeru, Abu Bakar mengatur satu lagi perlawanan persahabatan dengan Pulau Pinang di Stadium Batu Kawan, malam ini.

Jurulatih itu juga berkata dia sedang menguji seorang pemain import tetapi enggan mendedahkan identitinya.