CAMEROON 1 AUSTRALIA 1

Ketua jurulatih Cameroon, Hugo Broos, percaya mereka mampu meraih tiga mata penuh jika penyerang, Vincent Aboubakar, tidak membazirkan peluang di depan gol ketika seri 1-1 dengan Australia dalam saingan Piala Konfederasi, semalam.


Juara Piala Negara-Negara Afrika itu membuka jaringan menerusi percubaan Andre-Frank Zambo Anguissa, sebelum kapten Australia, Mark Milligan, menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti pada minit ke-60.

Penyerang Cameroon, Aboubakar dihidangi banyak peluang untuk menjaringkan gol dan kekecewaan Broos terserlah apabila sekadar meraih satu mata daripada perlawanan ini.

Bagaimanapun, beliau enggan menuding jari ke atas pemain Besiktas itu di atas keputusan perlawanan ini.

"Ini merupakan kehidupan yang perlu dilalui oleh penyerang," katanya.

"Kadang-kala anda mampu menjaringkan gol dengan menutup mata dan tiba masa anda gagal menyempurnakan percubaan yang mudah.

"Aboubakar kurang bernasib baik dalam perlawanan ini. Dia memiliki dua atau tiga peluang terbuka tetapi gagal menjaringkan gol.

"Pasukan ini masih lagi berkembang, kami meraih pengalaman yang banyak daripada perlawanan ini.

"Sepanjang 90 minit perlawanan berlangsung, kami mempamerkan persembahan yang baik untuk meraih kemenangan."