NS Matrix raih kemenangan kedua

Oleh Staff Writer 13 September 2017 376
NS Matrix raih kemenangan kedua
Wakil negara, NS Matrix, meraih kemenangan kedua dalam Kejohanan Piala Juara-Juara Seri Mutiara selepas mengatasi Guangzhou Long-Lions di Stadium MABA, hari ini.

Walaupun pada awal suku pertama perlawanan didominasi NS Matrix, namun Long-Lions tidak goyah dengan asakan diterima, malah berjaya melakukan enam kali jaringan tiga mata untuk memimpin perlawanan 24-19.

Momentum menyerang NS Matrix lebih agresif selepas kemasukan Jeff Viernes pada suku kedua. Pemain itu berjaya meraih 10 mata selain menjadi penggerak untuk pasukanya dan memastikan NS Matrix memimpin perlawanan 47-40.

Aksi selepas rehat masih dikuasai NS Matrix sekalipun jurulatih Long-Lions, Cui Wan Jun, menukar lima pemainnya bagi memulakan suku ketiga.

Strategi ini masih gagal menghalang skuad tuan rumah, ditambah dengan kecemerlangan Keith Hornsby mengumpul 10 mata untuk kedudukan 68-58 memihak NS Matrix.

Penguasaan secara menyeluruh dipamerkan NS Matrix pada suku terakhir, dengan pergerakan Viernes dan Hornsby makin sukar dihalang dan mata demi mata diraih untuk NS Matrix meraih kemenangan kedua dengan keputusan 93-79.

Dalam perlawanan semalam, NS Matrix menewaskan Taiwan Fubon 100-91. 

Keputusan hari ini:

Fly Dragon 71-59 Kano Pillar

Fubon Braves 89-90 KK Split

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen