Kawhi Leonard mendedikasikan Anugerah Pemain Bernilai (MVP) miliknya dalam perlawanan NBA All-Star sebentar tadi kepada legenda Los Angeles Lakers, Kobe Bryant.

Leonard mengumpul 30 mata untuk membantu Pasukan LeBron itu mengalahkan Pasukan Giannis 157-155 di Chicago untuk bintang Clippers berkenaan ditabalkan selaku MVP.

Anugerah itu dinamakan semula sempena menghormati mendiang pemain Lakers terbilang tersebut yang bulan lalu terbabit dalam nahas helikopter bersama anak perempuannya yang berusia 13 tahun, Gianna, serta tujuh mangsa lain.

Leonard berterima kasih kepada Bryant dengan memberitahu NBA menerusi TNT: "Ini memberi makna yang sangat besar kepada saya.



"Tiada kata-kata dapat menjelaskannya apabila saya memenangi trofi MVP Kobe Bryant yang pertama ini.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Kobe atas semua yang dilakukannya terhadap saya, segala perbincangan bersamanya yang panjang lebar termasuklah sesi latihan, terima kasih.

"Anugerah ini ditujukan khas buatnya."

Tambahnya: "Mereka telah melakukan tugas yang hebat dengan memperkenalkan format pertandingan yang baru tahun ini.

"Pihak lawan memaksa kami bertungkus-lumus dalam suku keempat dan saling bersaing untuk meraih mata.

"Itulah bentuk persaingan kami."

Editor: Shaiful Shamsudin