Kuala Kumpur Dragons meneruskan momentum kemenangan dalam Liga Bola Keranjang ASEAN (ABL) apabila menewaskan Singapore Slingers 79-68 di Arena OCBC sebentar tadi.

Kelmarin, wakil negara itu mencatatkan kemenangan 92-60 ke atas Fubon Braves di Stadium MABA dan rentak itu diteruskan untuk menewaskan Slingers di gelanggang lawan.

Saing sengit ditampilkan kedua-dua pasukan sebelum Dragons menamatkan suku pertama dengan kelebihan 21-17.

Slingers cuba bangkit dalam suku kedua dengan Masrcus Ryon Elliot memainkan peranan selaku penjaring utama, namun Dragons menyekat hasrat itu menerusi aksi bertenaga Will Artino sebelum menamatkan suku berkenaan dengan kelebihan 36-23.

Penguasaan itu berterusan untuk Dragons mendahului 40-60 dalam suku ketiga sebelum mencatatkan kemenangan bagi melonjak ke tangga keenam liga.