Zurich aku datang!

Oleh Akbar Sahari 7 January 2017 248
Zurich aku datang!

Saya menulis artikel ini ketika berada dalam pesawat Qatar Airways dalam penerbangan menuju ke Zurich melalui transit di Doha.

Rasa seperti tidak percaya saya akan membuat liputan majlis penuh gemilang Anugerah Bola Sepak FIFA 2016 yang turut menobat gol tercantik Anugerah Puskas.

Terima kasih tidak terhingga saya ucapkan kepada Astro Arena kerana memilih saya.

Sejujurnya saya tidak pernah menjejaki bumi Switzerland apatah lagi di musim sejuk hampir beku sehingga negatif lapan ( - 8 ) darjah celsius.

Saya berdoa agar ia tidak mengganggu tugas saya, bersama krew Azri Abdul Malik ( jurukamera ) & Solehuddin Hemsani ( penerbit ) nanti.

12 jam sebelum penerbangan dari KLIA saya tiba dari 3 hari penggambaran di Pulau Pinang dan Kedah.

Saya berpeluang menghabiskan masa sehari suntuk bersama calon Anugerah Puskas 2016, Faiz Subri. 

Jujur juga saya katakan itulah kali pertama saya bersua dengan bapa kepada 2 cahaya mata ini. Dia sangat berbeza dengan karektornya ketika bercakap di talian telefon. 

Kami seperti sudah berkawan lama, malah saya juga terikut berbual dalam loghat utara. Nyata Faiz memiliki sifat yang sangat disenangi dan seorang yang lucu!

Saya juga di bawa berkunjung ke rumahnya dan bertemu isteri beliau serta 2 anaknya yang sangat comel. Sesi temubual berlangsung dalam suasana santai. 

Usai pengambaran di Pulau Pinang, saya dan krew menjejaki kampung halaman tempat kelahiran Faiz iaitu di Kg Pida 6, di Ayer Hitam, Kedah Darul Aman.

Pertemuan dengan bapanya Subri Bin Kader dan ibunya Sa'adiah binti Ishak membongkar kehidupan awal dan asal usul Faiz Subri.

Selama 5 jam ibu bapa Faiz serta rakan - rakan karibnya berkongsi cerita tentang segala-galanya mengenai Faiz Subri.

Untuk anda semua pengambaran di Pulau Pinang dan Kedah ini akan mengisi sebahagian daripada dokumentari khas : Anti Graviti - dari Ayer Hitam ke Zurich terbitan Astro Arena.

Ia bakal menemui anda pada Januari ini, selepas berakhirnya majlis Anugerah Bola Sepak FIFA 2016.

Saya dan krew akan menyambung kisah perjalanan Faiz Subri di Zurich pula.

Jangan lupa untuk terus mengundi Faiz Subri untuk memenangi Anugerah Puskas di www.fifa.com.

Saksikan juga secara langsung majlis Anugerah Bola Sepak FIFA 2016 di Astro Arena pada 10 Januari 2017, jam 1:30 pagi di saluran 801 dan 802HD.

Tentang Penulis

Tawaran Menarik

Komen