Ziyad sasar kelompok Sukan Asia

Oleh Fina Nasrom 10 September 2017 175
Ziyad sasar kelompok Sukan Asia
'Kalau saya tak cuba, siapa lagi nak buat, atlit lontar peluru negara tak pernah sampai ke peringkat Sukan Asia.' 

Gagal pecahkan rekod kebangsaan 17.56m milik Adi Alifuddin ketika aksi Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 langsung tidak membuatkan atlet lontar peluru negara Ziyad Zolkefli patah semangat dalam percubaan kali pertamanya bersaing dengan atlet normal.

Sebaliknya Ziyad tidak kekok rangka cabaran lebih besar, kali ini Sukan Asia 2018 adalah sasaran utamanya.

Ziyad tidak pernah letih untuk jadi yang terbaik, dan ini lah yang membuatkan dia begitu istimewa.

Di sebalik kesanggupan Ziyad, anak jati Selangor ini sedar bahana yang bakal menanti kerana syarat kelayakan untuk beraksi di Sukan Asia sudahpun di senaraikan pihak Majlis Sukan Negara (MSN).

Tiada rekod pencapaian dalam edisi Sukan Asia terdahulu, selain gagal muncul pemegang pingat emas dalam Sukan Sea 2017, Ziyad terpaksa menempuh syarat mustahil, cari ranking 8 terbaik di peringkat Asia atau ke 16 dunia !

' Gila tapi tak mustahil, kalau pencapaian terbaik saya musim ini 17.29 meter, saya perlu usaha untuk capai 18.50 meter atau sekurang-kurangnya cari kelompok 10 terbaik Asia menjelang Jun 2018 selain penuhi sasaran pecahkan rekod kebangsaan selewat lewatnya Mac tahun hadapan.'

Persediaan Ziyad bermula Oktober depan dan dijangka berguru di Jerman selama 4 ke 5 bulan, rutin itu bersambung selepas sambutan raya puasa selain turut mengambil kira kejohanan antarabangsa yang bakal disertainya.

Sudah pasti sokongan dari Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) memainkan peranan penting kerana usaha Ziyad sudahpun bermula dari sekarang bagi realisasi impian ke Sukan Asia Jakarta/Palembang September 2018.

Kamu berwawasan anak muda !

Tentang Penulis

Tawaran Menarik

Komen