Viva Barcelona  

Oleh Burn Thevandran 3 May 2018 2151
Viva Barcelona  
The Catalans akhirnya mengesahkan kejuaraan liga apabila menumbangkan Deportivo La Coruna 4 -2 sekaligus merampas semula gelaran yang dimenangi musuh ketat mereka, Real Madrid. Barcelona mengutip 86 mata dari 34 perlawanan liga setakat ini.

Lebih manis, kejayaan merangkul kejuaraan liga buat Barcelona disertai dengan rekod tidak tewas waima satu perlawanan liga musim ini, selain mengesahkan kejuaraan ketika saingan liga masih lagi berbaki empat perlawanan.

Pengendali Barcelona, Ernesto Valverde pastinya individu paling gembira. Masakan tidak, dengan 26  kemenangan dan selebihnya seri, kejayaan ini pastinya diraikan oleh peminat The Catalan di seluruh dunia.Ernesto Valverde meneruskan kejayaan yang digapai bersama pengendali terdahulu seperti Pep Guardiola, Tito Vilanova dan Luis Enrique dengan rekod 7 kejuaraan liga dalam tempoh satu dekad.

Salah satu tonggak kejayaan Barcelona musim ini sudah tentu Lionel Messi yang meledakkan hatrik sewaktu berdepan Deportivo La Coruna. Messi juga menduduki tangga pertama senarai penjaring terbanyak liga setakat ini dengan 32 gol.

Selain dari juara liga, Barcelona turut muncul juara bagi saingan Piala Raja Sepanyol  musim ini. Situasi ini pastinya dicemburui musuh tradisi mereka , Real Madrid yang kini menduduki tangga ketiga liga di belakang Barcelona dan Atletico Madrid, namun Los Blancos masih mempunyai harapan untuk merangkul kejuaraan liga juara-juara eropah. Cuma yang sedikit mencacatkan rekod Barcelona musim ini adalah apabila mereka tersingkir di peringkat suku akhir liga juara juara eropah di tangan AS Roma.

Tentang Penulis

Tawaran Menarik

Komen