Usah tambah keliru lagi...

Oleh Fina Nasrom 15 August 2019 52660
Usah tambah keliru lagi...
Maaf aku terpaksa berterus terang, garapan daripada Brad Maloney sempurnakan perwatakan setiap pemain dalam barisan 18 tahun negara, yang anehnya ia tidak berlaku ketika barisan ini berada dalam kendalian jurulatih yang kononnya miliki pengalaman terbaik di kelab ternama dunia.

Rasa tidak adil untuk Maloney, yang siang malam mencari modal berbeza untuk skuad ini, ketika ramai pula yang mendendangkan hashtag sumbang #doneclaim #saveLTK

Aku tidak skeptikal dengan mana-mana jurulatih tetapi aku menilai berdasarkan prestasi yang mampu dicipta.

Tolong! Tolong jangan kaitkan LTK dengan kejayaan skuad bawah 12 tahun mahupun skuad bawah 15 tahun, kerana individu yang selayaknya diberi kredit untuk dua pasukan itu adalah Saad Ichalalene.

Aku tak berminat untuk sentuh lebih dalam, kerana tumpuan aku adalah skuad bawah 18 tahun negara yang sedang aku perhatikan di Bandaraya Ho Chi Minh ketika ini.

Mari kita imbas.

Kekalahan pertama kepada Vietnam, ramai yang cepat perlekehkan usaha skuad bawah 18 tahun negara yang di bawah kendalian Maloney.

Malah, dua kemenangan ke atas Singapura dan Kemboja belum cukup untuk kembalikan kepercayaan netizen yang menganggap kemenangan kepada pasukan belasahan bukanlah sesuatu yang membanggakan.

Terbaru, 3-0 ke atas Australia, ramai sudah mula letak harap, betapa skuad muda ini mampu pergi jauh walaupun berada dalam kumpulan maut bagi saingan Piala AFF bawah 18 tahun kali ini.

Namun, jika bergelar sahaja netizen, ada sahaja yang tidak kena di mata masing-masing.

Ada yang pertikai skuad bimbingan Gary Rudy hanya membariskan skuad kedua dalam aksi di Stadium Thanh Long kelmarin, selain ada pendapat berunsur negatif mula kedengaran.

Pada aku, mudah, skuad kendalian Maloney melewati revolusi terbaik dalam mematangkan prestasi mereka.

Benar, aku tidak nafi dari mana lahirnya barisan ini, tetapi kenapa pencapaian seperti ini tidak berlaku dua tahun lalu di Stadium Nasional Bukit Jalil, jika benar mereka sudah melewati empat tahun persediaan?

Tentang Penulis

Tawaran Menarik

Komen