Unai Emery potong tang corner! ​

Oleh Hafiz Wahid 24 May 2018 6234
Unai Emery potong tang corner! ​
Tidak pernah terlintas nama Unai Emery di sebut- sebut calon pengganti Arsene Wenger di Arsenal.

Media Britain hanya mengaitkan penolong Guardiola iaitu Mikel Arteta, bekas kapten Patrick Vieira, serta pengurus Juventus Massimilano Allegri sebagai calon.

2 hari selepas Thomas Tuchel di umum jurulatih baru PSG, secara rasmi Emery di lantik menjadi pengurus Arsenal yang baru.

Emery yang kontraknya tidak disambung PSG, tidak mengambil masa lama, untuk berhijrah ke Liga Perdana Inggeris.

CV Emery tidak perlu dipertikai lagi.

3 musim berturut-turut membawa Sevilla muncul Piala Europa bukan perkara biasa.

Di PSG, sepanjang 2 musim, dia memenangi 7 daripada 8 piala domestik yang dipertandingan.

Menurut ketua Eksekutif Arsenal Ivan Gazidis, seramai 8 calon jurulatih di temuduga bermula 25 April lalu, dan yang terakhir pada 15 Mei, dengan Emery ditemuduga pada 10 Mei lalu.

3 calon akhir merupakan Emery, Arteta serta pengurus Hoffenheim Julian Nagelsmann.

Arteta hampir pasti diambil, dengan perbincangan sehingga pampasan yang akan dibayar kepada Manchester City.

Namun Emery terbang ke Amerika Syarikat pada 21 Mei lalu bertemu pemegang saham terbesar Stan Kroenke sebelum diumum pengurus Arsenal 2 hari kemudian.

Gazidis memuktamadkan keputusan bersama Ketua Perhubungan Kelab Raul Sanllehi dan Ketua Pengambilan Pemain Sven Mislintat.

“Kami bertiga menulis di atas kertas, pilihan 1, 2, 3 dan meletakkan di tengah meja. Dan pilihan kami bertiga semuanya sama mengikut urutan, dengan Unai sebagai pilihan utama.”

Jika dulu Wenger mempunyai kuasa penuh, Emery pula perlu bekerja bersama Sanllehi, Mislintat dengan ketua Perunding Kontrak Huss Fahmy.

Sanllehi sebelum ini sudah bersama Barcelona selama 14 tahun sebelum berhijrah ke Gunners pada Februari lalu.

Mislintat pula merupakan salah seorang pakar pencarian bakat elit di Eropah yang berhijrah dari Dortmund November tahun lalu.

Emery dilihat tidak berdepan masalah untuk menggunakan pendekatan ini, jika dilihat kejayaannya bergandingan bersama Monchi- pengarah bola sepak yang menjadi tulang belakang  ketika zaman kemuncak Sevilla di pentas Eropah.

“Saya akan bertemu setiap pemain secara individu selepas ini. Ia satu cabaran besar, namun bangga untuk berada di sini. Terima kasih Arsene Wenger dengan legasi yang anda tinggalkan.” Kata Emery pada sidang media pertamanya di stadium Emirates.

Semoga berjaya, Emery!

Tentang Penulis

Tawaran Menarik

Komen