Tuah Solskjaer berterusan

Oleh Dayang Zainatull 14 January 2019 4030
Tuah Solskjaer berterusan
Kejayaan Manchester United menumbangkan Tottenham Hotspur 1-0 di Stadium Wembley pada Dayang adalah satu kemenangan yang amat penting buat kem United. 

Dayang percaya kemenangan ini akan menjadi titik tolak kebangkitan The Red Devils untuk sekurang-kurangnya merebut empat tempat teratas liga, atau mungkin lebih dari itu.

Tiada siapa pada mulanya meletakkan harapan yang begitu tinggi kepada Ole Gunnar Solskjaer memandangkan beliau bukanlah mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang kejurulatihan. Namun setelah lebih sebulan memegang jawatan pengurus sementara, OGS menepis segala prasangka terhadapnya dengan menang kesemua enam perlawanan. Ianya sekaligus menambat hati para penyokong The Red Devils yang mahukan beliau memegang jawatan secara tetap.

Tanpa sebarang keraguan akan kemampuan OGS, Dayang percaya kejayaan yang dilalui setakat ini turut dibantu faktor betapa bertuahnya OGS. Selain dari beliau merupakan bekas pemain United, beliau juga turut dibantu dengan kehadiran Mike Phelan, dan ada juga laporan media antarabangsa yang mengatakan Sir Alex Ferguson turut turun padang di Carrington bagi menyaksikan sesi latihan.

Paling mencuri tumpuan Dayang adalah bagaimana OGS mengubah corak permainan United dari bertahan, kepada corak menyerang dan bagaimana kesemua pemain dilihat begitu gemar dengan taktikal sebegini.

Dalam perlawanan berdepan Spurs, Dayang harus memuji aksi berkualiti yang dipamerkan David De Gea yang menyelamatkan beberapa percubaan bahaya jentera serangan Spurs. Jika tidak kerana kecemerlangan De Gea, mungkin United tidak mampu mengutip tiga mata berharga dalam perlawanan ini.

Ada juga ura-ura yang mengatakan pengendali Atletico Madrid . Diego Simeone turut menarik minat pihak pengurusan United untuk dijadikan pengendali tetap, tetapi bagi Dayang, selagi tuah ini masih bersama OGS, tidak salah andai peluang diberika kepada individu yang cukup sinonim dengan ‘babyface’ itu.

Tentang Penulis

Tawaran Menarik

Komen