Terima kasih coach Affizam Amdan

Oleh Hafizal Hamad 19 September 2016 116
Terima kasih coach Affizam Amdan

Mungkin cerita ini tidak mendapat reaksi ramai tapi bagi penulis individu ini juga selayaknya turut diangkat selaku Wira yang turut perlu diberikan kredit.

Siapa Affizam Amdan.Siapa individu ini? Orang Pauh,orang Utan Aji, Padang Besar mahupun Kangar ,hanya segelintir yang kenal dengan individu ini.Selebihnya mungkin tak amik kisah tentang diri kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat Chuping Perlis.

Individu ini lah yang membawa dengan hati yang penuh ikhlas atlet Para Negara Ridzuan Puzi ke pentas olahraga.

Segalanya dikorbankan Affizam buat Ridzuan.Untuk menaikkan semangat Ridzuan dalam sesi latihan pelbagai aspek terpaksa digunakan Affizam demi untuk memastikan Ridzuan tetap fokus.

Pernah Ridzuan kehilangan basikal ketika menghadiri latihan di Kangar dari Pengkalan Asam.

Dikwan menangis mengenangkan basikalnya yang hilang.

Dikwan seolah olah hilang segala galanya,dipendekkan cerita, Affizam lah yang terpaksa menggantikan basikal baru buat Dikwan dengan menggunakan duit sendiri.

Banyak lagi cerita sedih yang menyelubungi Dikwan sebelum mengecap nikmat dipentas dunia.Affizam punya sebuah gerai di Titi Gantung,disitulah lokasi yang mana Affizam mengubah menjadi salah satu bilik untuk dijadikan bilik khas  buat Dikwan berteduh bersama jurulatih kesayangannya.

Mungkin dikalangan kita tidak mengetahui Dikwan dan Affizam mereka berdua pernah mengayuh basikal dari Perlis ke Alor Star.

Itu senario yang sudah cukup menggambarkan keakraban mereka berdua.

2008 Dikwan ingin memiliki sepasang kasut untuk meneruskan sesi latihan,datang seorang lelaki Tionghua dengan sukarela membeli sepasang kasut buat Dikwan.Sukan tidak mengenal bangsa dan agama.Itulah uniknya sukan.

Coretan ini bukan untuk meraih simpati mahupun populariti,tetapi sudah cukup untuk kita kembali semula ke Perlis untuk kita mengenali siapa Affizam Amdan sebenarnya.

Buat Encik Affizam Amdan,terima kasih terima kasih terima kasih atas jasa yang telah tuan curahkan untuk Malaysia memiliki Ridzuan Puzi yang kini bergelar pelari pecut Para kelas T36 Nombor satu Dunia.

Buat Encik Affizam,

Terang Bulan terang di paya,
Anak kambing memakan rumput,
Jika tak kenang kepada saya,
Nama yang baik tidak tersebut.

Tentang Penulis

Tawaran Menarik

Komen