Teka-teki terjawab

Oleh Dayang Zainatull 4 April 2018 3360
Teka-teki terjawab
Persoalan siapakah pengendali baharu pasukan The Red Giants akhirnya terjawab apabila pengendali sementara, Nazliazmi Nasir, diangkat selaku ketua jurulatih baru menggantikan P. Maniam yang direhatkan selepas prestasi terumbang-ambing skuad Selangor.

Ianya diumumkan Naib Presiden FAS, Datuk Abdul Rauf Ahmad, dan tepat pada masanya memandangkan Selangor akan berdepan Kuala Lumpur minggu ini untuk saingan suku akhir Piala FA.

 Nazliazmi Nasir dipilih atas faktor pengalaman beliau yang sudah bersama Selangor lebih dari lima tahun, selain mempunyai hubungan baik dengan pemain belia dan skuad Piala Presiden.

Terdahulu, selain dari Nazliazmi, Dayang ada terdengar  nama bekas pemain mereka, Rusdi Suparman, turut disebut-sebut akan menjadi calon jurulatih utama, namun akhirnya FAS melantik Rusdi selaku pembantu jurulatih memandang beliau juga sudah tidak lagi terikat dengan Kuantan FA.

Jika dilihat struktur FAS sekarang, selain daripada individu-individu berpengaruh, ianya turut di huni beberapa bekas pemain Selangor sendiri yang mana ianya merupakan satu perkembangan positif. 

Antara pemain yang kini memegang jawatan dalan FAS adalah  Nazzab Hidzan, K. Sanbagamaran, dan Datuk Abdul Rauf Ahmad, selain Rusdi Suparman yang baru dilantik selaku penolong jurulatih.

Diharapkan, selepas terjawabnya teka-teki siapa ketua jurulatih baru Selangor ini, ianya mampu memacu Gergasi Merah Kuning untuk kembali tampil  garang di saingan liga super. 

Pasukan-pasukan ternama lain seperti Kedah dan Kelantan juga telah merehatkan ketua jurulatih mereka atas faktor kejatuhan prestasi, namun masih lagi belum mengumumkan pengganti tetap bagi kerusi ketua jurulatih.

Tentang Penulis

Tawaran Menarik

Komen