Sukar tapi tidak mustahil 

Oleh Nur Amira Ibrahim 31 May 2018 389
Sukar tapi tidak mustahil 
Sudah sekian lama sebenarnya kita menantikan legasi bekas pelari jarak jauh negara, M.Ramachandran, dan lahirnya pelari, K.Prabudass, seakan mencerahkan peluang untuknya berada setaraf bersama Ramachandran. 

Namun, ia masih belum cukup jika sekadar bejaya raih pingat di pentas Sukan SEA sahaja selepas rangkul perak di Sukan SEA Kuala Lumpur tahun lalu. Kini, Prabudass mengidam aksi dalam Sukan Asia Jakarta 2018 pula pada Ogos depan bagi acara 5000 meter. 

Nyata, Malaysia hanya mampu mengharapkan tuah Prabudass untuk mewakili Malaysia ke Jakarta apabila dia satu-satunya atlet yang tampak berpeluang untuk beraksi dalam Sukan Asia. 

Namun, catatan masanya masih belum melayakkan pelari berusia 28 tahun ini secara merit apabila dia perlu mengatasi masa 14 minit 06.84 saat yang juga merupakan rekod kebangsaan milik Ramachandran dan masih belum diperbaharui sejak tahun 1994. 

Catatan masa terbaik pernah dilakukan Prabudass adalah 14 minit 58.43 saat pada tahun lalu dan tinggal lebih kurang 2 bulan sahaja lagi untuknya cuba buat masa terpantas di dua kejohanan iaitu Terbuka Korea Selatan dan Vietnam Julai depan. 

Prabudass menjadi harapan terakhir negara untuk ke Jakarta dan sekiranya gagal, tiadalah wakil Malaysia untuk beraksi bagi acara 5000 meter ini. 

Ketiadaan jurulatih dari Kenya, Samuel Kipsang Rono, yang tidak disambung kontrak menjadi salah satu faktor prestasinya sukar untuk meningkat. 

Walaubagaimanapun, kita mengharapkan Prabudass mampu untuk layak secara merit ke Sukan Asia dan sekaligus berada setaraf dengan apa yang telah dilakar oleh M.Ramachandran sebelum ini.

Tentang Penulis

Tawaran Menarik

Komen