Sukan SEA: Pentas Atlet Muda Cipta Nama

Oleh Yeoh Li Ying 16 August 2017 257
Sukan SEA: Pentas Atlet Muda Cipta Nama
Temasya Sukan SEA sememangnya menjadi idaman semua ahli sukan. Kesemua usaha, tenaga, kerja keras dan masa yang dihabiskan adalah untuk merebut slot mewakili Malaysia dalam temasya rantau Asia Tenggara ini. 

Imbas kembali pada tahun 2011 di Sukan SEA Jakarta & Palembang, di mana ketika itu saya diberi peluang membuat liputan buat kali pertama Sukan SEA bersama krew Astro Arena di Palembang.

Saya percaya setiap kali temasya akan ada bintang muda yang muncul dari sesuatu temasya itu. 2011, saya melihat kelibat atlit cilik, Aaliyah Yoong curi tumpuan raih emas acara Tricks. Aaliyah bukan sahaja curi tumpuan media Malaysia malah mendapat liputan meluas media-media lain kerana muncul atlit paling muda (8 Tahun) raih pingat Emas Sukan SEA. 6 tahun sudah berlalu, Aaliyah tetap sandaran emas untuk kontinjen Malaysia di KL 2017. 

Tidak lupa juga pada Edisi 2011 di mana Malaysia menang ibu segala Emas dalam acara bola sepak menewaskan tuan rumah, Indonesia. Pemain-pemain bola sepak ketika itu, seperti Khairul Fahmi Che Mat, Fadhli Shas, Muslim Ahmad dan banyak lagi turut jadi pujaan ramai. Begitu hebat sekali aura Sukan SEA. 

Saya tidak bersama krew Astro Arena pada edisi 2013 di Nay Pyi Taw, Myanmar namun pada edisi itu juga kita dapat saksikan lahirnya beberapa atlit muda seperti Phoon Eyin yang bukan sahaja raih emas tetapi Emas cukup bermakna iaitu Emas Ke-1000 Malaysia di Temasya Sukan SEA / SEAP sejak Malaysia mengambil bahagian pada tahun 1959.

Terus saja kita ke Edisi ke-28 di Singapura pada 2015. Saya ketika itu ditugaskan ke Pusat Penyiaran Antarabangsa (IBC) di Singapura. Keterujaan berbeza dirasai setiap kali diberi peluang membuat liputan untuk temasya Sukan SEA kerana kejutan acap kali ditampilkan atlit-atlit muda. 

Rafiq Ismail, pemain tenpin bowling negara, raih 3 Emas begitu juga pemanah compound negara, Fatih Nurfatehah yang curi tumpuan juga dengan 3 emas. Berdasarkan faktor 'kejutan' ini saya jangkakan akan ada lagi banyak kejutan yang menanti kita semua pada temasya yang ketika ini berlangsung di laman kita sendiri.

Aura beraksi di "Rumah' kita akan beri kelebihan kepada atlit Malaysia terus pacu kontinjen negara dalam misi muncul juara keseluruhan Sukan SEA 2017.

Jadi yang berkesempatan, sila ambil peluang untuk turun padang ke venue-venue sukan di sekitar Kuala Lumpur untuk beri sokongan kepada atlet-atlet kita!  Yang tidak berkesempatan, jangan risau Astro Arena janjikan liputan menyeluruh dan komprehensif di 8 saluran 798-805HD juga Astro Go dan Njoi Now!

#AyuhMalaysiaku #KitaSamaHero

Tentang Penulis

Tawaran Menarik

Komen