Southgate puas hati

Oleh Burn Thevandran 26 March 2018 6225
Southgate puas hati
Biarpun kehilangan dua pemain, Jack Wilshere dan Joseph Gomez, pengendali England, Gareth Southgate, berasa gembira apabila The Three Lions berjaya menumbangkan pasukan yang tidak beraksi dalam Piala Dunia, Belanda.

Kemenangan 1–0 hasil jaringan Jesse Lingard sudah cukup mengukir senyuman di bibir Southgate sebelum pertemuan menentang Itali pada Rabu.

Dalam perlawanan berdepan The Oranje, Southgate memberi kepercayaan kepada Marcus Rashford, Jesse Lingard dan Raheem Sterling membarisi jentera serangan sambil barisan tengah dikepalai Jordan Henderson, Alex Oxlade Chhamberlain, Danny Rose dan Kevin Trippier.

Dibarisan pertahanan, Jordan Pickford menjadi pilihan mengambil alih tempat Joe Hart selain John Stones, Kyle Walker dan Joe Gomez.

Ketiadaan nama besar seperti Harry Kane yang mengalami kecederaan sedikit pun tidak menjejaskan rentak permainan pasukan England. 

Barisan muda yang beraksi dalam kesebelasan utama dilihat cukup meyakinkan dan apa yang lebih penting, Southgate berasakan pasukan England sudah mampu mempamerkan permainan menghiburkan berbanding dahulu.

Katanya, pemain-pemain England kini cukup kreatif di atas padang dan beliau tidak mahu mengganggu rentak permainan mereka.

Penulis yang merupakan penyokong pasukan England turut gembira dengan kemenangan yang diraih. Ini merupakan tonik terbaik bagi persiapan ke Piala Dunia dan juga sebelum berdepan satu lagi pasukan yang tidak beraksi di Piala Dunia, Itali.

Selepas lama mengharungi kisah sadis dalam edisi Piala Dunia terutama edisi 2002 dan 2014,  penulis amat mengharapkan agar ubi muda dalam skuad England mampu mengembalikan maruah England di pentas Piala Dunia. 

Kali terakhir mereka memenangi Piala Dunia adalah pada 1966 dan kali ini, diharapkan Gareth Southgate mampu sekurang-kurangnya membawa England memasuki peringkat separuh akhir apabila berada diundi dalam Kumpulan G bersama Belgium, Panama dan Tunisia.

Tentang Penulis

Tawaran Menarik

Komen