Solskjaer tambah pening Sarri

Oleh Dayang Zainatull 25 February 2019 7262
Solskjaer tambah pening Sarri
'Sarri Out!' Itulah kata-kata yang dijeritkan oleh penyokong Chelsea apabila The Blues tewas 0–2 kepada Manchester United dalam perlawanan pusingan kelima Piala FA di Stamford Bridge. 

Kekalahan kepada The Red Devils terus menambah tekanan kepada pengendali Chelsea, Maurizio Sarri, yang kini terdesak untuk menyelamatkan jawatannya selaku ketua jurulatih.

Bukan sahaja kritikan dari peminat, malah beberapa bekas pemain juga mengkritik taktikal yang diterapkan Sarri sehingga ada yang menganggap Sarri sebenarnya keliru dengan taktikalnya sendiri. 

Sarri sebenarnya memiliki barisan pemain yang bertaraf bintang dai posisi pertahanan sehinggalah serangan, namun sewaktu dibelasah Bournemouth 0-4 dan Manchester City 0-6 dalam saingan liga, ia secara tidak langsung menelanjangkan kekurangan dan kelemahan Chelsea daripada segi permainan berpasukan, malah kemasukan Gonzalo Higuain dalam jendela perpindahan bulan lepas juga dilihat tidak memberikan kesan besar.

Pada saat Chelsea berada dalam tekanan untuk mempamerkan prestasi terbaik, kekurangan tersebut nyata digunakan sepenuhnya Manchester United apabila menjinakkan mereka di laman sendiri. 

Dayang percaya, kecemerlangan Juan Mata merantai pemain paling banyak menyentuh bola, Jorginho, adalah punca utama United berjaya mara ke pusingan keenam Piala 

FA. Persembahan baik yang dipamerkan Paul Pogba turut memainkan faktor penting selain cemerlangnya Sergio Romero yang berjaya menyelamatkan beberapa percubaan bahaya pihak lawan.

United kembali mendapatkan rentak kemenangan selepas tewas kepada PSG 0–2 dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah. Kemenangan dalam Piala FA ini secara tidak langsung memberikan suntikan moral kepada anak-anak buah Solskjaer yang bakal menerima kunjungan Liverpool pada Ahad.

Pada saat Solskjaer sedang dalam proses untuk diberikan jawatan tetap di Old Traffford, Maurizio Sarri pula sedang dalam bahaya kerana dikhabarkan pemilik Chesea, Roman Abromovich, sudah mula hilang sabar dan nasib Sarri mungkin ditentukan dalam satu atau dua perlawanan akan datang.

 

Tentang Penulis

Tawaran Menarik

Komen