Siapa sokong Young perlu dijual?

Oleh Ammar Hakim 27 April 2019 4039
Siapa sokong Young perlu dijual?
Pertahanan kiri Manchester United, Ashley Young, dikritik hebat selepas mempamerkan aksi hambar bersama pasukan.
 

Pengendali United, Ole Gunnar Solskjaer, meletakkan kepercayaan kepada Young, namun ia tidak dibalas kepada penyokong kelab itu.
 
Aksi sambil lewa Young menghukum Manchester United apabila ketinggalan dalam aksi suku akhir berdepan Barcelona. Hilang kawalan bola kepada Lionel Messi di luar kotak penalti dan penyerang Barca itu tidak melakukan kesilapan untuk melepaskan rembatan menembusi gawang The Red Devils.
 
Dalam perlawanan seterusnya buat United yang berdepan Everton dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), Young hadir sebagai pemain gantian tetapi gagal untuk mengikut rentak perlawanan ketika mereka diaibkan 4-0 di Goodison Park.
 
Dalam aksi ‘derby’ Manchester, Young turun selaku pertahanan sayap. Dalam perlawanan tersebut, dia hanya melakukan satu hantaran silang yang berjaya didakap penjaga gol Manchester City, Ederson.
 
Ramai yang  berpandangan Marcos Rojo atau Phil Jones merupakan pilihan yang lebih baik dalam aksi tersebut.
 
Ya, Young pemain yang berpengalaman dan tanggungjawab besar harus dipikul oleh bekas pemain Aston Villa itu. Tetapi persembahannya gagal untuk dipamerkan dengan baik seperti musim-musim sebelum ini.
 
Menyertai United pada musim panas 2011 dan berjaya membantu pasukan menjuarai EPL pada 2013 tetapi penyokong tidak akan mengingati memori indah jika dia gagal mengekalkan di bawah kualiti yang pernah disaksikan sebelum ini.
 
Beberapa sebab Young kekal dalam kesebelasan utama -- pengalamannya, kemahiran melakukan lontaran masuk, hantarannya dan dia mampu bertahan dengan cemerlang. Tetapi jelas dilihat dia tidak lagi berada di  tahap yang sama dan sudah melepasi zaman terbaiknya.
 
Musim panas ini, mencari pengganti Young adalah satu keutamaan buat Solksjaer bersama United sebagai langkah rombakan yang mahu dilakukan oleh pengendali itu.
 
 
 

Tentang Penulis

Tawaran Menarik

Komen