Siapa pilihan anda, Malaysia?

Oleh Bazly Azmi 18 March 2018 1655
Siapa pilihan anda, Malaysia?
Bukan mudah memilih pembawa bendera kontinjen Malaysia.

Ia menggambarkan atlit contoh sesebuah negara dengan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) buat pendirian, bintang negara yang pernah membawa Jalur Gemilang pada mana-mana sukan bertemasya akan diketepikan.

Ini bermakna ia bukan untuk bintang seperti Datuk Lee Chong Wei (badminton), Datuk Nicol Ann David (skuasy), Azizulhasni Awang, Fatehah Mustapa (basikal trek), Cheong Jun Hoong, Pandelela Rinong atau Leong Mun Yee (terjun).

Lima nama disenarai pendek. Mereka ialah Muhammad Hakimi Ismail (olahraga), Ooi Tze Liang, Nur Dhabitah Sabri (terjun), Emma Firyana Saroji (boling padang) atau Sukri Mutalib (hoki).

Semua ada kelebihan tersendiri namun calon paling hangat ialah Hakimi.

Jaguh lompat kijang itu tidak pernah muncul juara Asia atau dunia tetapi kemampuan memecahkan rekod kebangsaan dan Sukan Sea dalam dua temasya berturut-turut (2015 dan 2017) sesuatu yang mengagumkan.

Menjelang Sukan Komanwel 2018, Hakimi melangkah ke Gold Coast dengan menghuni ranking keempat lompat kijang lelaki temasya berbekal catatan 16.77m.
 
Jika berjaya pecah lagi rekod kebangsaan, pasti dia berpeluang raih pingat.

Di luar trek, Hakimi seorang atlit yang memiliki imej bersih.

Tidak merokok, tiada kontroversi, bebas penggunaan bahan terlarang, masih melanjutkan pengajian, ketua keluarga dan bapa yang penyayang.

Itu gabungan untuk mencerminkan atlit contoh Malaysia.

Namun, siapa sebenarnya pilihan MOM? 

Atlit lain juga tidak kurang hebatnya. Tze Liang dan Dhabitah pernah beraksi di Sukan Olimpik, Sukri mengetuai Pasukan Terbaik Malaysia 2017 sementara Emma naib juara Kejohanan Juara Antara Juara, tahun lalu.

Masing-masing ada kelebihan, aura dan pengikut tersendiri.

Siapa pula pilihan anda, Malaysia? 

Tentang Penulis

Tawaran Menarik

Komen