Si anak pantai, Wan, menundukkan Singa Inggeris

Oleh 7 April 2018 6214
Si anak pantai, Wan, menundukkan Singa Inggeris
Impian anak Terengganu, Mohd Nafiizwan Adnan, menumpaskan idolanya pilihan pertama dari England Nick Matthew juga pemenang pingat emas dua kali Sukan Komawel akhirnya tercapai. 

Keputusan luar biasa 81 minit dicatat oleh pemain nombor satu negara dan nombor 35 dunia itu apabila menunjukkan strategi sempurna untuk menang dalam pertarungan lima set ke atas Matthew yang pernah merangkul tiga kejuaraan dunia dan sebagai pemain nombor satu dunia. 

Mara ke separuh akhir menentang seorang lagi pemain ‘The Three Lions’ James Willstrop, Wan mencipta sejarah kerana muncul pemain lelaki skuasy kedua negara mara sejauh ini selepas Azlan Iskandar pada 2010. 

Tiada apa yang mustahil untuk Wan selepas kemenangan terbaik dalam kariernya akan bertemu Willstrop, naib juara kepada Matthew dalam dua edisi Sukan Komanwel yang lalu. 

Sementara itu, Nicol David bangkit daripada kekalahan selepas tewas dalam dua set pertama dan ketinggalan 8-10 di set penentuan kepada pemain England, Alison Waters, dalam suku akhir sebelum menang 3-2. 



Magis dan kekuatan mental mengagumkan ditunjukkan oleh juara dunia lapan kali, Nicol, yang menunaikan janji untuk terus mara dalam kejohanan apabila menang 12-10 dalam set penentuan dalam masa 68 minit. 



Anak Pulau Pinang, Nicol, yang menyumbang pingat emas berturut-turut dalam edisi New Delhi 2010 dan Glasgow 2014 juga satu pingat perak serta gangsa bersama Ong Beng Hee dalam acara bergu campuran, akan bertemu wakil New Zealand, Joelle King, di separuh akhir.

Ikuti perkembangan terkini aksi separuh akhir Wan dan Nicol pada Ahad di Astro Arena 802HD/801 dan 803HD/800. 
 

Tentang Penulis

Tawaran Menarik

Komen