Seorang “Fighter” pandai mengelat -- Bun

Oleh Fina Nasrom 22 November 2017 192
Seorang “Fighter” pandai mengelat -- Bun
Pandangan pakar walaupun tampak keras namun itu hakikat yg perlu ditelan pemain perseorangan badminton negara, Iskandar Zulkarnain Zainuddin.

Pemain ini ada elemen seorang juara, namun dek kerana kurangnya perhatian khusus, Iskandar sering hanyut ketika dia miliki kriteria untuk menyerlah dalam setiap kejohanan.

Itulah yang dimaksudkan legenda Datuk Misbun Sidek, ketua jurulatih perseorangan negara yang diramal mampu melahirkan lebih banyak klon Datuk Lee Chong Wei sekaligus bawa Malaysia keluar dari zaman malap.

Pada usia 26, tahun Iskandar cukup bertuah kerana masih sempat merasa sentuhan Misbun, yang mahu baiki kelemahan pemain ini demi memastikan perubahan Iskandar yang telah pun dipercikkan kebangkitannya menerusi kejayaan muncul juara dalam Cabaran Antrabangsa Malaysia di Johor Bahru minggu lalu.

“Iskandar seorang fighter, dan kerana itu dia bijak mengelat, dia mudah hanyut tapi dengan motivasi jiwanya kembali hidup, dan dari situ kesan dapat di lihat dari luarannya,” kata Misbun.

Pandangan Misbun bukan hanya terarah kepada kejuaraan kali pertama Iskandar tahun ini, namun perubahan positif anak didiknya itu menguntum harapan besar Misbun untuk pastikan lebih banyak kejayaan di raih Iskandar selepas ini.

Syarat daripada Misbun mudah, hanya dengan kerajinan di dalam gelanggang, latihan mahupun bertanya itu sudah cukup untuk menajamkan lagi ciri-ciri juara yang sudah ada dalam diri Iskandar.

“Tiada bertanya maksudnya tiada minat, hanya menerima tanpa bertanya. Di mana pemain akan belajar dengan setiap ilmu yang diperolehi?’

Persoalan daripada Misbun itu sendiri memberi kesan mendalam pada penulis, benarlah kata pepatah malu bertanya sesat jalan, tapi jika malas bertanya, tidak berkembanglah apa yang diperolehi saban hari.

Bukan begitu?

Tentang Penulis

Tawaran Menarik

Komen