Saya bahagia dengan 120 Kilogram!

Oleh Fina Nasrom 18 November 2017 225
Saya bahagia dengan 120 Kilogram!
Umum mengenali kelibat The Smilling Giant Ziyad Zulkifli yang sememangnya memiliki susuk badan yang tegap dan bagak.

Ketika dia meraih emas Sukan Paralimpik 2016 dan Juara Olahraga Para Dunia di Kota London pada 2017, Ziyad masih belum berada pada tahap berat badan ideal sebagai seorang atlit lontar peluru bersesuai dengan ketinggiannya 186 sentimeter.

Kali terakhir penulis bertemu Ziyad di sekitar kawasan Bandar Sukan Bukit Jalil awal November lalu ternyata, anak jati Selangor ini berada pada berat badan ideal yang menjadi KPI nya sejak tahun lalu iaitu 120 kilogram.

Ziyad gembira dengan pencapaian yang telah di sasarkan jurulatihnya Faizol Haron sejak tahun lalu, di mana dia sendiri melewati sesi sukar untuk menambah berat badannya itu.

‘ Ini kali pertama berat badan saya capai KPI yang di tetapkan, lebih setahun saya mencuba, saya gembira sasaran 120 kg berjaya dilunaskan selepas berat asal setahun lalu hanyalah 115 kg.’

‘ Saya ada extra lagi 1 kg, sebab berat badan saya kini adalah 121 kg.’ Itu reaksi Ziyad disusuli dengan  ketawa besarnya.

Penulis sedar sasaran Ziyad musim hadapan cukup tinggi, muncul sebagai harapan negara dalam saingan Sukan Asia 2018 benar-benar menyuntik semangat atlit yang dalam klasifikasi F20 (masalah pembelajaran) ini.

Ziyad bermula dari status atlit para negara, namun kemasyhuran yang diraih Ziyad selepas kejayaan di peringkat dunia membuka satu lagi dimensi baru untuk Ziyad kini bersaing dengan lebih gigih untuk memastikan kelayakan beraksi di Sukan Asia Indonesia 2018.

Usaha gigih Ziyad turtut mendapat perhatian Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin, yang turut mahu melihat Ziyad berada dalam Program Sukan Asia 2018 tahun hadapan.

Jika Ziyad berjaya satu lagi sejarah baru bakal diraih atlit para negara yang layak beraksi buat kali pertama di pentas Sukan Asia !

Tentang Penulis

Tawaran Menarik

Komen