Sampai bila nak suam kuku?

Oleh Intan Nor Saina 21 January 2019 406
Sampai bila nak suam kuku?
Bola tampar pantai agak kurang popular jika dibandingkan dengan sukan-sukan lain yang sering mendapat lebih perhatian dan laporan media. Sedangkan jika diimbas kembali, pasukan bola tampar negara suatu ketika dahulu pernah mewarnai dunia sukan negara dengan pelbagai kejayaan.

Antara yang boleh diberi perhatian adalah kejayaan besar bagi skuad bola tampar pantai Malaysia gandingan kategori wanita Luk Tek Hua dan Beh Shun Ting mendapat tempat keempat di Sukan Asia 2010. Sementara bagi pasukan lelaki Lee Kok Peng dan Mohammad Nasiruddin juga pernah mengharumkan negara. Kok Peng antara yang terkini bergiat aktif dalam bidang kejurulatihan dan membimbing skuad negara pada sekitar tahun lalu.

Antara sebab yang menjadi punca sukan ini kurang popular adalah kerana ianya tidak diletakkan dalam senarai program Majis Sukan-sukan Malaysia (MSSM) dan turut tidak beraksi dalam Sukan Malaysia (Sukma). Mereka juga kurang mendapat penajaan bagi menganjurkan pertandingan. Namun jika situasi ini dapat diatasi, kemungkinan akan ada penambahbaikan buat pembangunan bola tampar dan bola tampar dewan negara.

Antara yang sedang dalam perancangan adalah jelajah bola tampar negara bagi pencarian bakat-bakat baru dan usahasama dengan resort-resort yang berminat untuk menganjurkan pertandingan bola tampar pantai. 

Ketika ini, kedudukan skuad bola tampar pantai negara berada di bawah pasukan Thailand dan Indonesia bagi kedua-dua kategori lelaki dan wanita. Masing-masing sedang rancak dalam persiapan bagi proses pemilihan skuad negara untuk ke Sukan Sea 2019 di Filipina nanti. Sudah pasti harapan diletakkan bagi menjulang sekurang-sekurangnya satu pingat di Filipina hujung tahun ini.

Tentang Penulis

Tawaran Menarik

Komen