Ronaldo, Nwakaeme -- siapa lagi tajam 

Oleh Shaiful Shamsudin 23 June 2019 2217
Ronaldo, Nwakaeme -- siapa lagi tajam 
Jentera serangan bakal memainkan watak penentu kepada pertembungan di antara juara -juara musim 2018, Pahang dengan trofi Piala FA manakala Perak menjulang Piala Malaysia. 

Skuad kendalian Mehmet Durakovic semakin digeruni susulan ketibaan Ronaldo Henrique Silva dan gandingannya di jentera serangan, Raianderson Da Costa Morais atau mudah disapa Careca sejak diperkenalkan pada 9 Mei lalu. 

Ronaldo, khususnya, sudah menghasilkan enam gol dalam enam perlawanan dan tiga daripadanya dalam Piala FA dan selebihnya dalam saingan Liga Super. 

Nama Dickson Nwakaeme sudah cukup besar dalam kancah Liga Malaysia (Liga-M), cuma masalah kecergasan menjadi keraguan terhadap prestasinya bersama Tok Gajah.  

Begitupun, penyerang berusia 33 tahun itu menjadi duri dalam daging kepada PKNP FC, dalam aksi liga, Selasa lalu.

Dia menyumbat satu gol dalam pertemuan berkenaan tetapi turut mempunyai beberapa peluang menarik, malah memperlihatkan keserasian dengan rakan sepasukan barunya, Lazarus Kaimbi. 

Kaimbi hadir untuk menggantikan penyerang dari Brazil yang berpengalaman beraksi di samping Neymar di Santos, 'Ze Love', yang dilepaskan ekoran prestasi terumbang-ambing. 

Bibit terkandas dalam suku akhir Piala Malaysia 2017 juga turut menjadi panduan kepada pertembungan ini.

Aksi penentuan di Ipoh menyaksikan kebangkitan Perak apabila memadam kelebihan 3-1 Pahang untuk kemenangan 5-3 secara agregat. 

Itulah kali terakhir kedua-dua pasukan membuat perhitungan di peringkat kalah mati.

Adakah Perak bisa membuatkan luka lama berdarah kembali atau Pahang yang akan meneruskan misi ke final untuk mempertahankan kejuaraan, sama-sama kita menyaksikan perhitungan malam tadi dan Sabtu depan. 
 

Tentang Penulis

Tawaran Menarik

Komen